SELAMAT DATANG / WELCOME / SELAMAT LAAS

Tuan2 dan puan..
Selamat Datang Ke geleri Raman Yunos Sekeluarga..
Semoga Anda berpuas hati dengan halaman yang tidak seberapa ini.
Selamat laas guek lam geleri ihah Raman Yunos , ihah harap yon puas hom han halaman hak het seberapa dok.
Welcome to Raman Yunos gelery, hope you all enjoy with my unsuceed area..

Jumaat, 23 April 2010

MSSM KEMBALI...

Katenye MSSM tahun ini di batalkan, tapi muncul kembali. aku xtau ape yang bermain di minda orang2 atasan  ni. kejap xjadi kejap jadi, betul2 memeningkan kepala. masuk tahun ni..aku jd jurulatih pasukan bola sepak sekolah, zon dan juga pasukan MSSM Daerah Temerloh dalam Kejohanan Bola Sepak peringkat Negeri Pahang untuk tahun ke-7. Tahun ni pada aku adalah tahun yang paling mencabar sekali,  dahla tiba2 mssm muncul semula gitu, aku and kawan2 sebagai coach ni kene cari duit sponsor sendiri untuk pergi bawak team ke Kuala Rompin 26hb April ni. PPD kate xde duit. Aku dah bising di padang mase peringkat daerah dulu, xde duit duduk diam2 je tp nak jgak antar. itu le senarionye. training pusat di temerloh pun x menginap and kiteorang ambik inisiatif anta and balik setiap ari. Minyak kete pulok jd perkara pokok nak dibincangkan. Dengarnye pengerusi teknik ( Wan Mahmud SK Tj Lalang) kate PPD tanggung cume urusan kejohanan di sane nanti(Rompin). Huuih...haru biru dibuatnye. Kiteorang ni sebenarnye cume tinggal minat yang "mendalam" dalam bola sepak je..klu x dah lame blah fed up. Mane ade untungnye bawak team ni klu nak dikirekan, klu xpercaye tanye la sape2 cikgu yang selalu bawak team. disebabkan minat I'm ready, tu je. Jadi kesimpulannye kepada pihak2 yang berkenaan ni, jage la kebajikan guru2 yang selalu keluar bawak team ni. Dapat duit minyak kete cukup, makan minum cukup, itu ini cukup jadi le (aku x maksudkan bermewah, jangan salah faham). Klu nak fikirkan berat tugas dieorang(termasuk aku le) ni sebenarnye, tinggal itu tingal ini semate2 nak berbakti (konon2 nye la). Itu la yang sebenarnye berlaku..sekian.




ADIDAS JABULANI
(World cup 2010 Afrika Selatan)

Selasa, 13 April 2010

Lokasi Piala Dunia











Senarai lokasi bagi venue perlawanan











Soccer city...ini la stadium yang akan menjadi venue pembukaan Jun nanti...










Team World Cup aku..



ARGENTINA
















ITALY




Hehehe.. Argentina dan Italy adalah pasukan kesukaan aku sejak dulu lagi...
Mase tu aku tonton world cup 1986 di mane Argentina CHAMPION...(aku xtau pun world cup 2 ape maknenya mase 2, tau tengok je dalam TV itam putih ayah aku hehe)
Meh le kawan2 kita hangatkan demam piala dunia tahun ini....

Isnin, 12 April 2010

Piala oh piala..
















Tengok la kawan2.. betapa gahnya piala ini..
bile la agaknya kite nak julang ye??
Tak kire.. dapat bergambar mase pameran pun jadile.. hehehe

Demam Bola Kembali...

Kawan - kawan...
ini logo ape..?
Ha...ini la logo Piala Dunia FIFA yang alan berlangsung di Afrika selatan tak lame lagi..
Aku dah tak sabar nak tonton, kali ni nak tonton depan TV panasonic LCD baru 42" aku hehe.. 
Baru sampai jerawat pemain bola pun nampak..









Rabu, 7 April 2010

Pekse....arghhhhhhhh...............

Exam minggu ni..
P.Seni 10 April 2010
PJ 11 April 2010
Sains 18 April 2010
Aku bergelumbang dengan buku le ni....
Oh Tuhan.. Berikanlah kekuatan....

Tengok le muke pun dah toye..TENSION!!!!

Sabtu, 3 April 2010

CHAMPION TEAM

Ini lah barisan kita... Barisan team SK  Penderas bimbingan aku yang berjaya mengecutkan jantung pasukan lawan. Pasukan ini berjaya ke perlawanan akhir dua tahun berturut - turut kejohanan peringkat negeri Pahang. Johan je tak merasa lagi. Tahun 2010 ni..Insyaallah Johan..
Selamat bertanding...

My son..Birthday dia yang ke-3. Buat simple je. beli kek coklat, beli KFC...dah. Bukan taknak buat grand tapi takde masa and tak kene pada masa cuti. Happy birthday Afiq....

G TC la pulak




My wife and her son. kenangan di TC KUANTAN.
Kenangan bersama putera sulung di kolam renang umah aku le..
hehehe... bukan lah, mase ni ari keluarge di DE RHU RESORT KUANTAN.
 

Jumaat, 2 April 2010

BICARA DI ANGIN LALU

Pejam celik pejam celik sudah masuk tahun 2010, semua kenangan 2009 telah berlalu seperti resmi angin yang kadang - kadang sepoi kadang laju dan kadang kencang. sepanjang 2009 tak banyak bezanya daripada tahun sebelumnya.. further study macam biasa, aktiviti kelas macam biasa, aktiviti harian juga macam biasa cuma yang agak meletihkan sedikit aktiviti harian pada hari2 pejabat atau sekolah..keluar waktu 7.00 pagi balik ke rumah pukul 4 atau pukul 5 petang. ini merencatkan sedikit hobi saya kerana macam biasalah, apabila selepas pukul 5 petang ni faham-faham je lah orang kuat sukan ni,  asyik nak bersukan je la kerjanya. tahun 2009 juga merupakan tahun yang agak suram bagi saya, sepanjang karier saya menjadi coach bola sepak sekolah, zon dan daerah.. tahun ini memang mengecewakan kerana setiap game yang disertai memang menghampakan. dan secara optimis saya menyatakan bahawa saya memang tidak ada masa untuk training team saya. Yang saya sempat hanya kumpul team dan pergi join game. Peringkat zon sekolah saya hanya tempat keempat, GB tanya kenapa teruk sangat tahun ini dan saya hanya menjawab tak cukup latihan dan saya akui memang saya tidak turun training pun, hanya sekadar memberitahu kepada pemain 3 hari lagi ada game di SK Jenderak and suruh pemain saya joging serta pecah dua kumpulan untuk main. peringkat daerah juga begitu, zon saya hanya tempat keempat. Peringkat negeri lain ceritalah sebab saya tak masuk campur, yang membimbing pemain dan pasukan adalah dari golongan "star" Temerloh la konon2nya. Peringkat negeri sebenarnya saya malas nak masuk campur sebab jurulatih pasukan semuanya dari golongan yang berlagak pandai (biasalah jurulatih ke-4 nak beria-ia buat apenye..) dan saya hanya memerhati mereka membimbing pasukan. keputusan masih juga mengecewakan dan hanya layak untuk pusingan kedua. Itu lah "strategi" mereka and saya no komen. Tahun 2009 juga amat sedih kerana 2 minggu saya terbaring demam, minggu pertama lembik dan minggu kedua boleh tahan la sikit, cuma dapat bangun untuk ke bilik. Ambik exam di Uniten dan UM pun dalam keadaan demam lagi. aku gamble je la janji tak mis paper. Syukur kepada tuhan sebab pointer 3 point something jugak. Itulah hikmahnya. Betapa hebat dugaan tuhan..aku dengan penuh syukur menerimanya. 
Tamat tahun 2009, 2010 menjelma. aku menjadi semakin sibuk lantaran Sukan Sekolah akan di adakan awal. target aku nak training mula bulan Jan juga terbantut kerana sebagai SU sukan sekolah, main focus aku semestinya memastikan sukan sekolah berjalan lancar. Pada masa yang sama aku diberitakan semua aktiviti permainan di semua peringkat di hold kan untuk tahun 2010, dan berita ini sedikit melegakan aku sebab tak payah training team sekolah. hehehe.... Mujurlah dengan semua sokongan semua guru dan kakitangan sekolah, kami berjaya jugak menjalankan sukan sekolah dengan jayanya dan aku kira pada tahun ini lebih meriah daripada tahun yang sudah2. Terima kasih semua kawan2. Sukan sudah habis kepala hotak aku pun sudah lega, minggu selepas sukan sekolah pekse so tak ada masalah la cuma beban menanda kertas dan menghantar markah dan membuat kerja2 pemfailan, and itu small metter. Sampai pulak pekeliling bahawa permainan diadakan semula, aku terus memberitahu pemain pasukan sekolah aku, pada masa peperiksaan itu jugak, aku train pemain pada sebelah petang. Hari Isnin - Jumaat weak training dan sedikit basic football, minggu selepas itu cuti penggal 1 minggu, aku beritau pemain teruskan dengan joging dan kalau ada main boleh la main bola di kampung.  Minggu cuti  aku pantau mereka joging dua hari di kampung sebab cuti sekolah seminggu jadi semua pemain tak ada di asrama sebab balik kampung. and buka sekolah semua dah ada di asrama aku teruskan dengan train mereka. Hasilnya Team SK Penderas Johan tahun ini. Aku Optimis menyatakan bahawa kalau dilatih secukupnya, nak cakap selalu Johan tak ada la, tapi dapatlah memberikan tentangan hebat pada lawan. Ok lah aku rasa cukuplah dulu, sebab aku pun lama sangat tak mencoret di sini so aku ambik overall je. sekian. 

Pukul Berapa Tok Rimau...

i n my son / aku dgn puteraku / ihah han iwak hah

i n my son / aku dgn puteraku / ihah han iwak hah
kenangan di Zoo Negara

i n my son / aku dan puteraku / ihah han iwak hah

i n my son / aku dan puteraku / ihah han iwak hah
Rafiq umur 3 bulan